I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, May 10, 2014

Novel

assalamualaikum!
hai uollsss..
nak tau tak..dalam seminggu dua ni.. iolss telah membuat cubaan utk mencari mood utk membaca buku..
jadi iolss telah membaca beberapa buah buku sebagai langkah untuk mencari mood membaca buku ilmiah utk peperiksaan yang bakal menjelang.. fuhh..ayat sadiss!

ok..fyi..sekarang ni aku tengah addict dengan novel-novel keluaran fixi.. ni semua hasil didikan si fikri.. dia yang perkenalkan novel ni masa kat kelas before praktikum hari tu.. masa tu dia tunjuk kat kitorg novel HILANG.. terus berebut-rebut nak baca novel tu.. lepas HILANG.. baca ASRAMA pulak.. cerita tentang hantu-hantu kat asrama.. serius seronok!

baru-baru ni aku baca novel TEMAN ROH, NGERI, dan GANTUNG... bagi aku novel-novel keluaran fixi ni memang best! sebabnya dia lain daripada novel-novel lain yang cerita cintan-cintun tu kan.. yang ni lebih mencabar..haha.. next nak baca MURTAD, AJAIB dan KACAU pulak.. tapi tunggu lepas exam n lepas kawen la..haha

tapi dalam banyak-banyak novel fixi ni aku lebih minat nak baca novel-novel yang ada unsur seram dan penyiasatan cthnya kes bunuh ke.. best sgt.. kalau cerita yang lain-lain tu macam kurang berminat sangat la..

hari tu sempat la beli novel AJAIB, KACAU n satu lagi novel bukan keluaran fixi.. tajuknya JANGAN BACA NOVEL NI... orang kedai tu kata ada sorang kawan dia terus kena kacau lepas baca novel tu.. bila aku dengar je terus rasa takut nak beli.. tapi encik tunang beria-ia suruh beli.. last-last aku beli jugak..tapi nak suruh dia baca dulu.. aku nak baca sem depan.. bila dah ada teman hidup..wakakaka

ni la antara novel yang telah aku baca..




semua gambar adalah dari google

jadi kepada uolss yang belum try baca novel keluaran fixi ni.. silaa laaa cuba baca.. pastinya berbaloi-baloi...haha

i'm back!

assalamualaikum!
eh..eh..eh.. dah bulan mei (gosok-gosok mata)
maknanya dah bebas-sebebasnya dari belenggu praktikum!!
no more practicum life! tinggal internship je sebulan next semester... :)

alhamdulillah..alhamdulillah.. Allah permudahkan semua urusan sepanjang praktikum
anak murid yang masih boleh dikawal, sekolah yang best, cikgu-cikgu yang best.. guru pembimbing yang sporting..
fyi kali ni for the first time dapat guru pembimbing lelaki.. untuk subjek major pulak tu.. mula-mula tu mcm malu-malu tenuk gak la..
nasib baik la dia ni jenis gila-gila n kelakar.. last-last ktorg yang main-mainkan dia semula..
paling best sebab dia sangattt membantu terutama sekali masa last observation hari tu.. pandai dia memainkan peranan sebagai pelakon.. hahaa.. thank you la cikgu.. cikgu banyak berkorban..hahaa..

okay.. sekarang ni dah mula study week.. exam start on 19th.. 3 paper je pun.. tu pun malas nak study.. kalau tidooo memangg rajin.. ape nak jadi pun tak tahu lah..

lepas exam baru boleh balik jb dengan tenang.. tak tenang sangatlah..
masa tu rasanya mula la datang sindrom-sindrom jantung nak tercabut kot.. haha
buat masa sekarang ni masih tak rasa apa-apa lagi..
eh jangan rasa dulu lahhh..
bagi aku exam dulu..haha

kesian ibu ayah buat boleh dikatakan keseluruhan preparation utk majlis aku.. tsk3 T_T
terima kasih ayah ibu :)
tak dapat nak balik langsung utk tolong
aku cuma dapat confirmkan beberapa tempahan je dari sini n buat beberapa mende kecik for eg. signage, bahan-bahan photobooth..

semoga majlis berjalan lancar lah harapnyaa..
dan semoga aku rajin bukak buku dan studyyy..
okayyy..i'm not supposed to be here >_<


Saturday, February 15, 2014

Februari

Assalamualaikum!
Hye uolsss!
Sekarang ini aku sedang menjalani praktikum 3 di SK Bukit Changgang, Banting, Selangor
So far sekolah ni best! Cikgu2, murid2 semua ok..harap semuanya berjalan lancar sampailah habis praktikum bln 4 ni atau lebih spesifik lagi sampai habis internship bln 8 nanti..

Kali ni kena mengajar BM darjah 4 lagi.. tapi kali ni bezanya darjah 4 dah masuk KSSR.. yg dulu KBSR.. lepas tu mengajar PSK tahun 5.. so far budak2 semua ok.. Cuma biasalah namanya budak2 tu nakalnya mestilah ada kan.. harap2 budak2 tu behave la masa aku kena observe nanti..
Masuk minggu akan datang ni dah minggu ke 4 praktikum.. maknanya ada lagi 8 minggu sahaja lagiiiiii! Macam cepat je sebenarnya masa berlalu.. dan sepanjang 3 minggu yang dah berlalu macam2 berlaku dalam hidup iolsss..

Kenangan tayar pancit pagi-pagi masa nak pergi sekolah, kenangan bergesel dengan bas kilang.. terus jaguh jadi cacat..huhu.. dan kenangan jaguh tiba2 main2 tak mahu hidup bila start....yang terbaru jaguh tiba2 calar sikit kat bhgn belakang.. tapi rasanya takde langgar ape2..huhu.. tapi takpelah.. ada hikmah semuanya... terima kasih kat kawan-kawan yang tukar tayar pagi hari tu.. terima kasih jugak kat encik tunang yang tolong bawak jaguh beli tayar baru n bawak jaguh gi bengkel..ok lah..nanti iolss sambung merepek lagi yeee...

;) buibuiiiii