I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, April 18, 2010

hari itu hari ini hari esok

fuhh..minggu yg padat da berakhir...menanti satu lagi minggu yg padat juga. minggu lepas sibuk menguruskan program rekreasi. sangat penat oke. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat beberapa kekurangan. bbq time rekreasi memang super duper sedap. hari khamis pula kelas pj seperti biasa. tajuk permainan tradisional. yeahh..kami main tingting, congkak, batu seremban, galah panjang, dan konda kondi. teringat pulak zaman muda2 dulu. malam..tidur lambat untuk siapkan kkp tmk pj. jumaat..hari yg biasanya ditunggu2 tidak berakhir dengan mudah. bermula dengan simulasi pj. kemudian presentation bm. dan kemudian lagi helwi. ye..ini kali pertama kami pergi helwi. hahaha. kemudian kelas ganti pj jam 3petang. OMG..sangatlah bercinta untuk pergi. tapi pergi juga. buat ujian amali. jam 4.30pm barulah segalanya berakhir. kuar makan dgn anith, nana, yaya n mira. makan tak hengat dunia untuk celebrate pengakhiran minggu yang memenatkan.

wajah kepenatan ketika rekreasi

kenangan rekreasi ppismp2.06-2.08

jakun sikit...first time pegi helwi..haha

esok. isnin datang lagi.presentation sejarah dan kkbi ks menanti.selasa dan rabu. ujian amali pj. lari pecut, lompat jauh dan lontar peluru utk olahraga dan seperti biasa ujian kecergasan yang melibatkan aktiviti lari 2.4km dan lain2 lagi. wahh.. minyak CNI dan salonpas menanti utk mengubati badan yang bakal sakit. sabtu. muet. ya Allah..takutnya. preparation langsung tiada. kelas english seminggu sekali rasanya tak banyak membantu. erm...tawakal je la. kemudian ahad pula ada jamuan kolej kediaman siti khadijah bertempat di hotel equatorial bangi. sedang pening. taktau nak pakai baju apa nanti. dah la terpaksa masuk koir lagu korea. mula2 dapat lirik berbelit2 lidah nk menyebut perkataan2 korea tu. dah la aku bukan peminat cerita korea. tapi bila da practise banyak2 kali boleh la jugak nyanyi.

ok suda. semoga minggu yg bakal dilalui tidak memberikan sebarang masalah. tak sabar menunggu ahad depan pula.

No comments: