I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, February 20, 2011

Ada apa pada nama?

Assalamualaikum!
Sebenarnya hari ni Cik Aied plan nak buat assignment..
assignment yang Cik Aied tengah bertungkus-lumus buat sekarang ni adalah assignment BM, PKK dan TITAS.
sebabnya tiga assignment ni nak kena hantar dalam waktu terdekat ni..
tadi Cik Aied dah edit2 assignment BM, PKK pulak tengah tunggu nak buat eksperimen kat budak-budak.. lepas tu TITAS plak..tadi Cik Aied msg partner..dia kata dah settle..tinggal refleksi je..hihi...sukanya! jadinya Cik Aied agak free lah sekarang ni.


Ok..berbalik pada tajuk di atas, apa ada pada nama?
hari ni Cik Aied nak cerita pasal nama Cik Aied lahh.. takkan nak cerita pasal nama Natasya sebelah rumah tu..tak pun pasal si Ruby jual lontong tu pulak..


Ermm..dulu-dulu kan..masa zaman kegemilangan lah kan... (maksudnya di sini adalah zaman sekolah tadika hingga ke sekolah rendah).. ok..masa tadika dan sekolah rendah dulu, kawan-kawan panggil Cik Aied..Aida...
sebab apa? dah memang tu nama Cik Aied...takkan nak suruh kawan-kawan panggil Britney Spears pulak kan.. =__=


lepas tu tiba-tiba..tanpa disangka-sangka.. bila masuk sekolah menengah je nama Aida tu bertukar... masa awal-awal Form 1 tu kawan-kawan memang panggil Aida la kan..lepas tu ada la seorang manusia iaitu kawan Cik Aied sejak sekolah rendah lagi..yang bernama Nur Nabila telah menukarkan nama Cik Aied kepada... Aied... mungkin dia dah bosan dengan panggilan Aida kot..sejak sekolah rendah asyik panggil Aida je kan? tak glamer la..hahaha


sejak peristiwa itu, bermula lah zaman kegemilangan nama Aied tu.. tapi kawan-kawan Melayu je yang panggil Aied.. kawan-kawan Cina dan India masih mengekalkan tradisi memanggil Aida..hihi...sampai ada yang menambah nama Cik Aied menjadi Aida Syamimi lagi...meletoopppss! haha


kemudian, masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Cik Aied dah berazam dan bertekad untuk memaksa kawan-kawan memanggil Cik Aied dengan nama Aida... haha..kejam!
tapi malang tidak berbau (memang la..ada ke yang bau wangi),,, roommate Cik Aied dekat matrik tu pun nama dia Aida... jadi macam tak best pulak satu bilik ada 2 orang Aida... nanti bila orang panggil Aida je dua-dua orang bagi respon... dan nanti Aida yang tak dipanggil akan menjadi malu-malu arnab...
oleh itu, Cik Aied bertekad lagi sekali untuk menukar nama kepada Aied... jadinya kawan-kawan dekat matrik pun panggil la Cik Aied dgn nama Aied...


lepas tu, masuk pula ke IPG.. kawan-kawan panggil Aida..tak kesah la korang nak panggil apa pun... Aida ke..Aied ke...i ok je you! haha..tapi jangan panggil Natasya sudehhh... tak gitu Fikri? hahaha


haaa..minggu depan Cik Aied ada kem Bina Insan Guru (BIG) di Port Dickson... doakan segalanya berjalan dengan lancar seperti menggunakan minyak pelincir ya! ;)




p/s : teringin nak makan kacang pool!
credit to Google






































14 comments:

-sshi- said...

hahaha..
mn de bosan ngan'aida'
saje nak buat ko glamer lagi populerr..
haha tibe2 teringat cikgu penolong kana (x igt nama) yg tanya nama ko lepas tu nyanyi2 kat koridor tu..huu

cik aied said...

-sshi- :haha..kt ssi ke weh?? penyelia petang ea? cikgu hamid ea??
yg kecik2..bulat2..comel2..tu ea??hahah

-sshi- said...

haa..yelaa kot x igt ahh..
tp memang ms tu cam klkr je cikgu tu ..tp comell..
weh nnt sblm ak mnjejak taj mahal bwk ak g ssi nak jmp ckgu shakir laa..
haha

AdiaLuze said...

Nak jugak kacang phool... :)

P/S : Salam perkenalan.... singgah dari blog EnBen >o<

Keep on blogging kay !! ^___^
Kalo sudi jom la join GA kite :)

cik aied said...

-sshi- : ceh..taj mahal! x boleh bla..hihi...jom la pegi..rindu ssi..hihi
AdiaLuze : salam kenal jugak! thanks singgah ;)

Mohd. Hafiz bin Abdul Aziz said...

ai2.....cik aied~ XD saya pun matriks negeri sembilan! XD

cik aied said...

Mohd. Hafiz bin Abdul Aziz : yeke? same la kite..hihi

Rozuan Ismail said...

TITAs tu saya tahu la..PKK tu apa eyk?

cik aied said...

Rozuan Ismail : PKK tu Perkembangan Kanak-Kanak :)

Cikgu Fikri said...

amboi..
aku rasa nk panggil ko AIDA NATasYA lah..
boleh tak?
mesti sedap kan?
uhhhuhuhuu........

cik aied said...

fikri: hahah..kalo dulu2 ko nk panggil aku mcm tu mgkin bole la..tp sekarang selepas aku tau apa itu natasya!! no way!! hahaha :p

irzat adam said...

nme adalh 1 doa...
pggil lh nme yg de mksud yg bek...
nice entry..

o_0 v

Dda Ly said...

:) mcm2 ade pada nama..:)

jemput ke rumah ye..
http://laydie-dda.blogspot.com

keep in touch..:)

cik aied said...

irzat adam : betul tu.. NEway thanks ye sbb singgah :)
Dda Ly : tq singgah.. :)