I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, July 17, 2011

Aku di Liverpool

Assalamualaikum!
weee! selamat hari Ahad semua!
rasanya semua orang tahu kan semalam skuad bola sepak Malaysia lawan dgn team Hatikolam ataupun nama glamornya Liverpool...
semalam jugak dengan riang hati dan gembiranya Cik Aied bersama Encik Mu'az serta tetamu jemputan seperti Cik Nana, Cik Yaya, Cik Wanie, Encik Fikri, Encik Naim dan Encik Asrar telah pergi meronggeng ke KLCC, Sogo, Masjid India, dan sewaktu dengannya... sangatlah penat tapi best!
oleh kerana banyak tempat yang kami kunjungi,, lepas Maghrib baru bertolak pulang dari Sogo... kami naik LRT sampailah ke stesen BTS...

bila sampai kat BTS saja..kami pun tunggu lah KTM utk balik ke stesen UKM... namun, apakan daya...kami diserbu oleh penyokong-penyokong bola sepak yang baru pulang dari menonton perlawanan di Stadium Bukit Jalil... KTM yang kami tunggu pula asyik delay je... LRT yang berhenti kat BTS tu memang padat dengan manusia berbaju merah je... boleh dikira dengan jari la manusia berbaju kuning atau biru...
sepanjang kami tunggu KTM yang tak kunjung tiba tu dekat 6 buah LRT jugak la dipenuhi dengan manusia berbaju merah lalu kat situ...sampaikan Cik Aied tertanya-tanya sama ada Cik Aied ni di stesen KTM ataupun di stadium...

sebenarnya tak kesah sangat pun pasal orang yang ramai kat situ.. dan tak kesah sangat la sebab kami terpaksa balik naik teksi dari BTS ke IPIS sebab tak dapat naik KTM...

tapi yang paling menyedihkan... sikap rakyat Malaysia yang lebih mementingkan kelab luar berbanding negara sendiri.. bayangkanlah mereka turun dari LRT dan meniup benda yang ala trompet tu kan...bersorak-sorak bagai... macam gembira sangat je kelab hatikolam tu berjaya menewaskan Malaysia... dah memang dorang tu hebat..tak main pun tau dah yang dorang akan menang... membazir je beli tiket mahal-mahal tu..haha..

dah...tengok la pic kat bawah tu...tapi tak cantik plak gambarnya...



p/s : kalau Cik Aied ni kipas-susah-mati team hatikolam tu pun Cik Aied akan pakai jersi Malaysia la pergi stadium.. sekurang-kurangnya nampak la jugak semangat kenegaraan kan... ish3..kalau Cik Aied jadi pemain Malaysia mesti Cik Aied rasa sedih... :(

2 comments:

Unknown said...

hehehehehehe...
mencabar sungguh semalam.. :)

Cik Aied said...

fikri : agkla...tp best! hehe