I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 1, 2011

Majlis Meraikan Hari Pra-Kaya

Assalamualaikum!
wehooo! semalam elaun masuk! elaun buku, kertas projek dan alat tulis...total semua sekali RM 850... alhamdulillah... 
mengapa pra-kaya? sebabnya ini baru elaun tu je yang masuk...elaun betul-betul yang untuk semester belum masuk lagi..insyaAllah seminggu or dua minggu lagi masuk lah kot... yang tu ribu riban punya...so yang itu baru betul-betul kaya...yang ni pra-kaya je..hihi...
untung kan kami jadi warga IPG? ;)
dapat elaun..takde hutang :)

ok..oleh kerana dah dapat elaun ni dengan pantas Cik Aied dan kawan-kawan menyerbu Alamanda untuk melepaskan hajat yang sekian lama terpendam...keh3
hajat utama Cik Aied untuk makan je... kanak-kanak yang lain ada yang nak beli sport shoes...n shopping barang-barang dapur...hihi
semalam pukul 3pm kami pun keluar menuju ke destinasi... nak jalan punya pasal sampai tak hirau langsung penat lepas PJ n kelas hari ni (Jumaat)...
balik pulak dalam pukul 10pm...lepas tu memang tak ingat apa dah...kemas-kemas sikit apa-apa yang patut n terus tidur...heheh
ok dah cukup! jom tengok pics!

ni la yang sejak kecik Cik Aied nak makan...akhirnya dapat makan jugak semalam...weee~


yang ni kat Secret Recipe.. Cik Aied minum air yang kat depan tu (ice blended cappucino)...sedap gilesss... Cik Wani pulak minum air yang kat belakang tu (ice blended chocolate)

dan Cik Aied makan spaghetti meatball

oleh kerana before tu dah makan Ole Pocketful...perut pun agak-agak dah full sikit...jadinya tak habis la Cik Aied makan spaghetti ni...nasib baik tak order NY cheesecake lagi..kalau tak..siapa mahu makan...haha

tengok tu...membazir! amalan syaitan! haha


ni pulak lasagna...Cik Yaya yang makan...

Cik Wani pulak makan spaghetti meatball,,sama macam yang Cik Aied makan...huhu...sebenarnya kami pergi  ke Alamanda ni tujuh orang..tapi masa makan ni kami separate 2 meja...hihi..tak sempat pulak nak skodeng orang meja lagi satu tu makan apa...

ok la...esok ada Larian 1Murid 1Sukan...
siapa-siapa yang berlari esok tu good luck lah ye...
Majulah Sukan Untuk Negara!


2 comments:

missyaya (: said...

hihi .
dah kenyang gila kott tym tuh .
HAHA !

p/s >> adik pny impian brownies akn ditunaikan pda masa depan . HAHA

Cik Aied said...

missyaya : haha..tau takpe..adik pnye NY cheesecake pun akan dtg laa..hehe