assalamualaikum!
peristiwa ni berlaku kira-kira sebulan yang lepas.
aku pergi Mines beli barang..
dalam pukul 6petang macam tu dah on the way balik rumah..
tiba-tiba housemate call :
housemate : hello,,yunk,, kau kat mana? (dalam keadaan berbisik)
aku : otw balik rumah.. dah nak sampai dah ni. kenapa?
housemate : yunk.. kau jgn balik rumah dulu..
aku : (kenapa pulak ni? aku terfikir ada orang jahat depan pintu rumah ke apa)
aku : kenapa pulak?
housemate : tadi ada announcement nak buat fogging kejap lagi.. dia suruh semua orang keluar rumah n buka pintu semua.. ktorg tak nak turun.. lagipun baju-baju banyak ni..nanti bau asap..
aku : okay..takpe..takpe.. biar aku balik usha keadaan cmne dulu eh..
talian dimatikan...
aku pun drive laju-laju untuk mengetahui keadaan sebenar.. sampai kat tempat parking ada la beberapa orang pakcik dan makcik tgh melepak kat situ.. aku pun naik atas laju-laju sebab fogging tak start lagi..
sampai depan pintu rumah.
ketuk pintu...
housemate sorg lagi bukak pintu n terus lari masuk bilik aku..
keadaan rumah masa tu gelap-gelita
pintu, tingkap, langsir semua dah ditutup..
aku pun masuk bilik aku
bila masuk bilik jeeee
nampak keempat-empat housemate aku tgh duduk diam2 dalam bilik aku..dengan kipas tak bukak bagai..
aku pun dengan gembiranya berkata:
aku: dah kenapa korang ni?
housemate : syhhhhhhh!!!
aku : laaa..kenapa? dengan tak bukak kipas semua ni..
housemate : dorg pun cerita pasal fogging tu..
kata salah seorang housemate aku ni.. kat rumah dia kalau fogging semua org kena paksa keluar.. yg housemate lain pulak tak pernah ada pengalaman fogging kat rumah dorg kot..
al-kisahnyaaa... mereka ingin menyembunyikan diri dalam rumah kerana takut org tu suruh keluar dari rumah..
terus aku geli hati dgr cerita dorg dan aku pun cerita pengalaman fogging kat rumah aku...
kat rumah aku,, siapa yang nak keluar rumah dipersilakan.. kalau taknak..duduk je kat rumah diam-diam..tapi tak la sampai tak switch on kipas n duduk dlm keadaan ketakutan macam yg housemate2 aku buat ni..hahaha
bila fikir-fikir balik memang lucu kejadian tu.. sanggup dorg duduk berpanas dan bersempit-sempit dalam satu bilik sbb fogging..hahaha..
No comments:
Post a Comment