I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, November 12, 2012

Cheese cake versi sesuka hati

*AWAS! ENTRY MENGGEMUKKAN BADAN BERMULA PADA MUSIM CUTI SEKOLAH INI*
Assalamualaikum.. fuh3.. lama betul tak update blog ni.. 
sekarang ni tengah cuti sekolah..makanya banyak la masa terluang untuk meng'update' blog ni..
tu pun tengok pada tahap kerajinan jugak la..
aku cuti-cuti ni memang rajin...
rajin makan dan tidur..hehe
nak dijadikan cerita..
sabtu lepas aku dengan gigihnya telah membuat percubaan pertama membuat cheese cake!
resepi asal aku tengok kat blog sape tah..
lupa sebab banyak sangat blog yg aku rujuk untuk menjayakan misi cheese cake ni.
jadi jom tengok resepi cheese cake yang telah diderhakakan mengikut sesuka hati aku *kaitan dgn tajuk*

bahan-bahan :






1 bungkus digestive biscuit (tak guna semua pun..agak-agak la berapa byk nak guna)
2 buku philadelphia cheese
1 buku buttercup (pun agak-agak jugak)
3/4 tin susu pekat manis (aku tak guna sampai 3/4 tin pun)
1 sudu esen vanila
1 biji telur

cara-caranya :
hancurkan biskut macam dalam gambar di bawah



 lepastu cairkan butter atas dapur *aku guna microwave oven je*
then gaulkan butter bersama biskut yang hancur tadi *sila lihat gambar*


lepas tu sapukan mentega kat dalam loyang.. dan tepekkan biskut tadi tu kat bahagian dasar loyang.. *paham kan?hihi*

kemudian buat adunan cheese pulak..

masukkan 2 philadelphia cheese, 1 biji telur, 1 sudu esen vanilla, dan 3/4 tin susu cair ke dalam bekas dan gaul guna mixer sampai sebati..
lepas tu tiba-tiba aku terasa macam nak masukkan biskut oreo pulak..
jadinya dengan gigih aku call ayah mintak tolong belikan biskut oreo dan tabur kan ke dalam adunan.. 
makanya jadi la macam ni..
biskut oreo tu gaul sekali tau dengan adunan..
pic kat bawah tu sebelum digaul..


lepas tu tuang dalam loyang yang dah ada lapisan biskut tadi tu..
dan bakar dalam 40 minit..


hasilnyaaa...


tapiiiii..
bahagian bawah kek (lapisan biskut) macam tergaring sangat..
mungkin boleh kurangkan masa membakar kot..
try la ye..hihi 
*masa bakar tu letak sebekas air kat tingkat bawah oven supaya biskut tak hangus kot*

hasil selepas dipotong...


postmortem : lapisan biskut tebal sangat, biskut garing sangat

apa-apa pun untuk percubaan pertama kira ok la kot..hewhew :)
ok bai..
:)

2 comments:

Unknown said...

GUTEW..
Siap ada post mortem..

Cik Aied said...

fikri : haruslah..haha