I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 12, 2010

Contest Cerpen Sesedap Rasa


Hai..saya ada seorang kawan. Namanya Ain Zulaikha. Kadang-kadang orang panggil dia Ain, kadang-kadang orang panggil Zulaikha. Tapi kadang-kadang pun ada orang panggil Cenonet sebab Ain ni kecik saje orangnya. Tapi tak apa lah. Ain tak kisah.

Haa...saya nak cerita ni. Pada suatu hari, Ain berjalan-jalan di tepi jalan. Mak Ain kata, jangan jalan kat tengah jalan nanti kena langgar. Ain ikut cakap maknya. Masa tu Ain jalan dengan kucing Ain, namanya Pe'ah. Kucing Ain tu degil sikit. Selalu tak dengar kata. Masa jalan-jalan tu, Ain pesan kat Pe'ah. "Eh Pe'ah! Kau tu jalan tengok la kiri kanan! Ni tak..kau main jalan je..kau ingat kau diva?? Kau tu kecik je...kenderaan bukan nampak kau, nanti kalau kena langgar siapa yang susah? Bapak aku jugak...". "Eh Cenonet! Kau ni bising la! Kenapa kalau aku kena langgar, bapak kau yang susah pulak?" balas Pe'ah. "Hello! Bapak aku tu doktor veterinar okay! Tak macam bapak kau! Tau menghabiskan beras kat rumah aku je! Eh salah! Bukan beras! Whiskas!" Ain membalas dengan nada geram.



Tiba-tiba, tiiinnnnnnn...tiiinnnnnnnnnnnnnn...... "Hoi kucing! Buta ke? Lain kali nak lintas tu tengok la kiri kanan! Kau ingat kau cantik??".Dan teksi itu pun berlalu. Merah padam muka Si Pe'ah! "Padan muka! Nasihat aku tak nak dengar!" hatiku bersorak riang. Lepas je lintas jalan, handphone Nokiot Ain pun berbunyi. "Wahh..ada mesej la! Mintak2 la dari si Johan jejaka jambu anak Pakcik Justin Bongek tu." Tapi bila Ain tgk handphone je. Tertera seperti ini....


"Siapa pulak ni?? Suka suki strawberi jer mintak kredit dgn aku. Ingat kredit ni ayah kau ade share dgn aku ke? Geramnya!!!" Ain merungut. "Coolman! hehe...Ala Ain..bagi je la..bukan selalu pun. Tu kira sedekah la..besar pahala tau..kihkihkih", kata Pe'ah. " Aku bukan apa Pe'ah oii... kalau dia mintak elok2 takpe jugak. Ni tak..main terjah je... ingat aku ni BSN ke ape. Daripada aku bagi kat die, lebih baik aku beli makanan... nasi dengan ayam goreng lepastu dapat plak air rumah orang kawen a.k.a air sirap limau, fuhhh! meletop!hehe", kata Ain. Ain mula membayangkan makanan tersebut.

"Eh Ain...Cakap pasal makanan ni tiba-tiba aku rasa lapar la...dah lima jam aku tak makan ni," kata Pe'ah. "Aduyai! Kau ni asyik nak makan jer la...tak payah la makan...kat rumah je nanti makan.. aku dah masakklan kau lauk whiskas goreng belacan,"balas Ain. "Hurm...semua orang dah tak sayang," Pe'ah sedih. "Eh..eh..sedih sedih pulak kau ni...relax suda! yela..jom la pegi makan," kata Ain. Di Warung Mak Enon Sengal:


"Hoyeehh...hoyyeehh! Aku nampak sesuatu?" kata Ain. "Ape? Ape?? Kau nampak kucing Parsi yg hensem ke? Yes! Akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak ber'boyfriend', Pe'ah menggedik. "Bukan nak kata la...tapi aku nampak lelaki hensem..bukan kucing!! Haihhh" kata Ain. Ain pun memberanikan diri untuk mendekati pemuda tersebut. Bila Ain nampak je muka pemuda tu dengan spontan Ain berkata "Arghh Encik Zol!" Ain ingat kan pemuda itu Encik Zolkarnain,, cikgu kat sekolah memandu yang ajar Ain masa Ain nak amek lesen traktor tu. Tiba-tiba lelaki tu pun bersuara dengan manja.. " Encik Zol?? Siapa tu? Nama I Kak Zolkiah la...boleh panggil akak..Kak Zee".

Alamak!! Sekali pondan lahh! Adehh..malunya Ain masa tu. Ain dah tak tau nak buat apa lagi. Dia terus mendukung Pe'ah dan lari pulang ke rumah. Dalam perjalanan, Pe'ah tak henti-henti mentertawakan Ain sehingga Pe'ah disahkan menghidapi penyakit gila dan terpaksa dirawat di Hospital Hujung Tanjung....

Begitulah cerita saya tentang kawan saya yang bernama Ain Zulaikha.

siapa2 nak join bole join ye...




12 comments:

Unknown said...

Wah..
bler cikgu BM dh wat cerpen,
mmg gempak lah weh...
huhuhu...


psst: knp xguna cerpen assgment masa sem 2?
huhuhu

Cik Aied said...

fikri: cerpen sem dua tu hak milik bersama aku dgn naim...tak bole guna sesuka hati..hehehe

Putri Cahaya / Putri NAJ said...

ahaha..
tibe2 aku trase la pulak..
npe ek? hehe..
anyway..cerpen best..klau bdak2 klas kite yg bce msti msing2 trase (trase yg positif n mcm nk gelak2 smbil tu tersengih2)

Cik Aied said...

mira..hehe...tibe2 je terfikir nk letak dialog fevret classmate..hehe... tp cerpen ko pun best la... lawak part taxi dgn taksi...haha ;)

Adam said...

Hahaha. lawak la. ;p

Cik Aied said...

A.D.A.M: hehe...lawak ke?? biasa je la... hehe..NEway..thanks ;)

Adam said...

^___^ Xde hal punye la.

Ain Zulaikha said...

terima kasih sudi join kontest ni :) apa2 update akan diberitahu.. jangan delete tau cerpen ni.. :)

if rasa blog saya layak dapat undian , undi kumpulan 2 nombor 42. di http://bpm-undi.blogspot.com

Ain Zulaikha said...

ADA UPDATE UNTUK CONTEST INI, SILA TINGGALKAN KOMEN

http://ainzulaikhas.blogspot.com/2010/12/update2-contest-cerpen-sr.html

Cik Aied said...

ain zulaikha: okie...thanks ye :)

Panglima Arep said...

nice story..:)
try sy punye lak. hihi
http://nawkazfira.blogspot.com/2010/12/contest-cerpen-sesedap-rasa.html

Cik Aied said...

panglima arep: hihi..tq..okie..nti sy try bce k..:)