I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 18, 2010

MARI MENDERHAKA!

1.Letak header BEN ASHAARI BLOG
2.TAJUK : MARI MENDERHAKA !
3.Sila masuk ke blog CMG , http://www.tiffinbiru.blogspot.com ..
4.Cari satu resepi .. korang dibenarkan amik gambar dari situ tapi tolong beri kredit ( link )
5.Kemudian , sila buat resepi sendiri berdasarkan resepi yang sedia ada .. Ingat .. jangan terlalu mengarut ! Perlu jaga bahasa juga yer ..
6. Lagi kreatif lagi bagus ...
7. Tinggalkan link url di ruangan komen ..

(resepi asli di sini)

MEE KARI HIJAU DERHAKA MAT GEBU THAI


BAHAN PES REMPAH KARI HIJAU (hijau pucuk pisang ye..hijau taik lembu takmau)
1 batang serai bersama daun dan akar, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam (kalau takde vietnam atau indonesia punya cili pun boleh), ditetak-tetak(mat guna 10 biji + 2 cili hijau)
2 biji bawang merah yang ditanam oleh Kak Kiah Ronggeng, hiris halus (minta izin Kak Kiah Ronggeng dulu kalau nak ambil bawang merah tu..nanti tak halal makanan ni)
4 - 5 biji bawang putih, jangan cincang! tengok je bawang putih tu..
1 meter lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia) (kalau takde guna teh sarbat pun boleh)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar) (kalau nak lagi sedap guna 1 pokok sekali)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil (dauh selasih WAJIB yang layu ok! ni inspirasi daripada lagu teratai layu di tasik madu..walaupun layu tapi manis bermadu)
1/2 camca teh serbuk jantan manis( opss...salah2..jintan manis...manis tau! bukan ayu ke gebu ke...gebu?? opsss..hihi)
1/2 camca teh serbuk lada sula (eh salah lagi...sulah!)
1/2 camca teh serbuk ketumbar (kalau takde ketumbit pun boleh)
3 camca besar sos ikan (nampla) (banyak jual kat kedai Uncle Gopal)
1 inci belacan buatan Zimbabwe
2 camca besar jus limau nipis (takmau yg tebal! nipis! INGAT!)
1 camca teh gula perang/merah (kalau nak kencing manis cepat..letak la dalam 10 camca)

BAHAN LAIN :-)
1 batang serai, dibelasah sampai mati
1 kuntum Mak Kuntum bukan-bukan 1 kuntum bunga kantan, belah 2 (boleh ganti dengan bunga mawar)
2 helai daun limau purut (lebih sedap jika guna daun lidah jin)
Sos ikan atau garam (kalau takde ikan guna sos squidward dari bikini bottom pun boleh)
Gula sekampit
150 gram daging batang pisang
10 ekor udang saiz besar (ekor udang ye!)
1 jag jantan cair (jantan?? santan!)
300 ml pati santan (ingat ye! bukan pati politik ke apa!)
Air setitik
Mee kuning/Mee laksa/Mee hoon (mee'sai kucing jangan guna!!)
Belahan limau jebat (baka kasturi dah pupus)
Belahan cili padi (guna cili beras lagi bagus! padi nak buat apa? bukan boleh makan)
Daun selasih yang berwarna keemas-emasan
Daun pudina (boleh juga guna ubat gigi yang berpudina)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES KARI HIJAU PUCUK PISANG THAI :- Kikis semua bahan untuk rempah kari hijau thai kecuali jus limau nipis dan gula melaka, hingga dah tak nampak bahan2 tersebut, panaskan minyak tapi jangan hidupkan api, tumis hingga terbit mentari eh salah terbit minyak, guna api perlahan (api perlahan boleh didapati di kedai Minah Kumari). Tambah gula melaka (bagi yang duduk kat melaka je) dan jus limau nipis, kacau dengan ganas dan kasi mati itu api. Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.(lebih afdal kalau guna kipas lipas untuk sejukkan)
  2. UNTUK KARI HIJAU :- Jodohkan 3 camca besar pes kari hijau dalam periuk belanga Mak Minah bersama santan cair, serai dan daun limau purut, masak hingga mendidih. Masukkan daging, ekor udang dan bunga-bunga cinta err bukan..bunga kantan. Masak hingga daging empuk seperti tilam Vono. Tambah sos ikan sesuka hati, cili padi dan gula-gula. Tuang santan pekat, masak sekejap (dalam 3 detik), rasa dan jika ok boleh bunuh api. (sila bunuh guna pisau jilid)
  3. UNTUK MEE KARI HIJAU THAI :- Celur mee tadi, letak dalam baldi, tuang kuah bersama isi2nya. Simbah dengan daun selasih, daun pudina, belahan limau kasturi dan boleh hidangkan ketika perut sedang menyanyi-nyanyi lagu Ayam Den Lapeh bagi orang-orang negeri sembilan.
CATATAN DERHAKA MAT GEBU :- Untuk resipi ni, mat guna susu kambing gurun yang dah pencen yang diletakkan akhir sekali, kemudian didihkan tanpa menggunakan api.

11 comments:

Cikgu Fikri said...

hahahahahahhahahahha...
ko ni memang selalu merepek2 tau..
jintan manis, jd jantan manis..
sarbat tea lah..
belacan zimbabwe lah...
huhuh :)

pst: rugi plak rasanyer aku x join segmen ni..seronok seh :)
good luck aied...

cik aied said...

fikri: kalau ko join mesti lagi kelakar...huhu

Syafiq Rosli said...

sodap klu mkn ni..hehe

cik aied said...

syafiq rosli: eh..eh..jgn makan..kang lain jadinya..hihi

anamizu said...

kompom meletopss molot lps mkn resepi cik aied ni!! ahaaakkss~~

Mat Gebu said...

Realnya derhaka ni....hehe

Cikgu Fikri said...

Pergh!!!!
Mat Gebu komen blog ko lah..
ko harus bangga ni!!!
HUHUHu...
Ae, aku masa tu xon9 blog,
tu lah x tau psl segmen ni,..
kalau tau, mmg aku join..
rugi..rugi..huhhu..Aku harap ko g ke next stage.. :)

cik aied said...

anamizu: hahaha...don't try this at home! hihi
Mat Gebu: alamak!tuan resepi dah datang! Larikkkk! huhu..Ampun bang...ampun...hihihhi

cik aied said...

fikri:haha..bangga gila mat gebu komen...dah la aku derhaka dgn dia...haha...xpe la fikri...next time ko join ea..confirm meletopss..huhu

Kalamhati said...

hahaha best..gud luck!

cik aied said...

tq kalamhati ;)