I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 1, 2011

Usia Barakah

Assalamualaikum :)
Selamat tahun baru semua!
Malam tadi korg semua sambut new year kat mana?
tahun ni cik aied sambut new year dengan cara yang lebih baik daripada tahun2 sebelumnya...
kalau sebelum ni cik aied sambut new year kat depan tv sambil tgk konsert entah-apa-apa dekat tv tapi kali ni cik aied sambut new year dekat masjid...bajet ustazah la pulak...haha...
first of all cik aied nak mengucapkan tahniah kepada pengurusan Masjid Raudhatul Jannah Taman Damai Jaya di atas penganjuran program Forum Perdana Ehwal Islam malam tadi..sempena tahun baru...
jadinya penduduk2 dekat kawasan taman perumahan cik aied ni takde la membuang masa dok tgk konsert dekat depan tv atau tidur awal sempena tahun baru ataupun menyibukkan diri dekat danga bay tu nak sambut tahun baru dengan jalan jam segala bagai...
tapi kebanyakan yang datang pada malam tu pun makcik2..pakcik2 n budak2 kecik... yang remaja2 ni boleh dikira je bilangannya...
mungkin dorg dah bertebaran pulang ke universiti atau kolej masing2 kot...sangka baik kata ustaz semalam :)
menarik forum semalam..sambil tengok forum dapat tengok bunga api..hihi..2 in 1 gitu...

hurmm..tajuk forum semalam ialah usia barakah...
seperti yang kita tahu..bila dah tahun baru ni usia kita pun makin meningkat..jadi apa yang kita boleh buat untuk mengisi usia kita yg semakin bertambah?
kita perlu buat bisnes... MLM? jual roti canai? jual nasi lemak? ouhh tidak sama sekali... kita perlu buat bisnes dengan Allah cthnya baca Al-Quran dan buat amalan2 lain kerana setiap amalan yang kita buat tu akan dapat ganjaran daripada-Nya...
kemudian..banyakkan baca ayat seribu dinar untuk dimewahkan rezeki... (TIPS: BACA AYAT SERIBU DINAR MENGHADAP KE PINTU (SUPAYA REZERI MUDAH MASUK) INSYAAALLAH DAPAT MEMBANTU BAGI MEREKA YANG MENGALAMI MASALAH KEWANGAN DALAM KELUARGA)
selain tu...banyakkan buat solat sunat dhuha :)

kata ustaz: kalau kita nak buat baik/ibadat memang banyak dugaan dan cabaran...
cabaran 1 : syaitan
cabaran 2 : nafsu
cabaran 3 : persekitaran

jadi kita perlu bijak menangani segala cabaran2 yang datang :)

lagi...
lagi....
3 amalan mulia yang kalau kita buat selagi tu kita tak akan diazab di atas kelalaian kita di muka bumi ini

1. sentiasa bersyukur
2. tidak putus doa
3. istighfar

p/s: setiap penyakit ada penawar atau ubatnya..dan penawar/ubat bagi penyakit dosa adalah istighfar...

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL! ;)



No comments: