I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 30, 2011

Kek Coklat Kukus

Assalamualaikum :)
Petang tadi lepas Zohor... tiba-tiba Cik Aied bersemangat sangat nak buat kek...
so Cik Aied pun google la resepi kek yang senang untuk dibuat dan bahan-bahannya pun tak pelik-pelik sangat...dan Cik Aied pun terjumpa la resepi Kek Coklat Kukus dekat blog ni....
Lepas tu laju-laju Cik Aied check barang-barang yang ada...tanya kat ibu bahan tu ada tak kat rumah..bahan ni ada tak kat rumah...
mana yang tak ada tu adik Cik Aied pergi beli sekejap kat kedai...
nak tengok tak hasil kek yang Cik Aied buat...
ni haaaa...
tadaaaaaa... ;)




Nak resepi??
 nah amek...free je! haha
375g mentega
1 tin susu cair
2 cawan gula (Cik Aied guna 1 cawan setengah je...takut kencing manis...haha)
4 biji telur (pukul macam telur dadar)
1 cawan koko Van Houten
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh asen vanilla
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat ( tapi Cik Aied tak guna pun)


Cara-caranya :
 1. Cairkan mentega, gula dan susu cair (cairkan dalam periuk)
2. Pukul telur dalam mangkuk berasingan (lepas bahan yang dicairkan agak suam baru masukkan telur)
3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain (tepung, koko,esen vanilla, baking powder )
4. Kacau hingga sebati dan rata.
5. Sapukan loyang dengan mentega (supaya kek tak melekat)
6. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian kukus selama 1 jam setengah.

Topping :
1 cawan susu pekat (Cik Aied guna setengah cawan je)
2 sudu teh mentega
2 sudu teh serbuk koko

Cara-caranya :
1. Masukkan susu pekat, dan serbuk koko dalam periuk. Cairkan dan larutkan bahan-bahan tersebut kat atas dapur (jangan bukak api besar sgt..hehe)
2. Lepas tu masukkan mentega pulak..
3. Bila semua dah sebati,,, tuangkan topping di atas kek...
4. Dah siap dan boleh dimakan..tapi tunggu la sejuk dulu kalau ye pun...hehe ;)

p/s : selamat mencuba!

4 comments:

I'm Cida- This Is My Photo Blog said...

singgah tgk kek coklat..meleleh betul! tergoda betul!!!!

cik aied said...

I'm Cida- This Is My Photo Blog :
try la buat..hehe

Cikgu Fikri said...

aku rasa nak sujud syukur sekarang...
sebab..........
sebab..........
































































kau pandai masak kek coklat kukus..
huhhuhuhhu :)

cik aied said...

fikri : hahaha..sengal...