I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, September 4, 2011

Restoran Sayam Bunga Mas (Stulang Laut)

assalamulaikum...
rasanya masih belum terlambat nak ucap selamat hari raya aidilfitri..
weee~sekejap je dah raya ke enam hari ni...
nak cerita ni...
hari tu..2 hari sebelum raya...Cik Aied berbuka dekat Restoran Sayam Bunga Mas di Stulang Laut..
ni buku menunya...

ada dua org tiga restoran lain sekitar Stulang Laut tu...
oleh kerana ni first time Cik Aied nak makan kat sana...so tak tahu la yang mana sedap...
main serbu je... 
kat restoran ni ada macam-macam makanan..nasi goreng, ikan bakar, ikan siakap masak masam manis bagai tu semua ada la...
ni antara menu yang sempat di snap pic...(yang ni set untuk 2/3 orang)


kami makan ini....


masa kami sampai kat sini dah dekat pukul 7pm jugak la..
nasib baik masih ada tempat kosong...
penuh jugak restoran tu...
oleh kerana sampai pun lambat..so order pun lambat lah kan...
dan konklusinya dapat makanan pun lambat la...hihi
makanan kat restoran ni nak kata sedap double2 tu tak la...
tapi not bad la...
Cik Aied suka service dia...sebab pelanggan yang masih belum dapat makanan masa dah masuk waktu berbuka tu dibekalkan dengan kurma dan air masak...
sementara tunggu juadah berbuka yang tak sampai-sampai tu sempat la kami pergi solat Maghrib dulu... :)
eh..eh...lupa nak cakap...set untuk 2/3 orang tu RM29 tak termasuk air...
bagi Cik Aied ok la...
berbaloi..makan pun kenyang tak ingat! hehe
kalau nak tau harga makanan utk 4/5/6 orang dan seterusnya tu kena la tengok sendiri menunya... :p

p/s: esok start PBS untuk semester 2 PISMP...takutttt!

No comments: