I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 20, 2011

Cadangan Hadiah Untuk Pengantin

Assalamualaikum!
hai semua!
hari ni Cik Aied tak jadi pergi makan kat Seoul Garden atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...hihi
insyaAllah tunggu adik Cik Aied lepas habis SPM bawak dia pergi..huhu

Haa..berbalik pada tajuk di atas...
minggu lepas sebelum cuti.. Cik Aied busy dengan exam.. ada satu malam ni..tengah-tengah penat study..
tiba-tiba boleh pulak terbincang dengan Cik Rumet tentang hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada pengantin.
maklumlah..sekarang ni kan musim orang kahwin...
jadi mestilah ramai yang buntu nak bagi hadiah apa dekat pengantin kan? lagi-lagi kalau pengantin tu saudara atau kenalan rapat kita...

ok..setelah kami menjalankan siasatan dan menerjah beberapa blog dan forum...kami pun dapat lah beberapa idea tentang barang-barang yang boleh dijadikan hadiah untuk diberi kepada pengantin... kebanyakannya adalah barang-barang keperluan rumah laa..
antaranya ialah:
1. Set pinggan mangkuk
2. Blender
3. Toaster/pembakar roti
4. Periuk nasi
5. Set pisau (nampak macam ganas sikit..hihi)
6. Set gelas/cawan
7. Lesung batu (ala-ala klasik sikit bagi batu giling..haha)
8. Cadar
9. Bagi buku-buku perkahwinan pun boleh jugak kot..
10. Cerek/heater
11. Oven/Microwave oven
12. Set sudu/garfu
13. Kuali utk grill
14. Iron pun boleh kott..hehe
15. Rak pinggan dan cawan

jadinya ni la serba sedikit hasil perbincangan Cik Aied bersama Cik Rumet tentang hadiah untuk pengantin...
kalau boleh bagi la hadiah yang pengantin boleh gunakan untuk memulakan kehidupan baru...
hadiah macam hiasan-hiasan ni macam tak perlu sangat kot... lebih baik pilih hadiah yang merupakan keperluan seharian... heee~

p/s : selamat pengantin baru kepada sesiapa yang melangsungkan perkahwinan pada musim cuti sekolah ni... ;)

6 comments:

Cikgu Fikri said...

bg buku perkahwinan tak boleh, sebab mereka dah dpt ilmu drpd kursus kahwin..huhuhuh..
bg alat solek jerk..
haha :)

cik aied said...

fikri : haha...mana tau dorg dah lupa masa kursus tu...haha

cikgu ainura said...

wah..betul2... kena pikir tue... nak tmbah bleh x.. lesung batu pon ok gak.. heheheh

cik aied said...

cikgu ainura : dah list dah...tp mcm kelakar sikit la..hihi

ZAHIYYATUN said...

set sofa pon ok gak rsenya...hahaha

cik aied said...

atun : amboi..kena hantar pakai lori ni.haha