I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, January 27, 2012

Semoga Masih Belum Terlambat Untuk Ku Ucap Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum!
haha..gila panjang tajuk.. padahal bukan nak cerita apa sangat pun..
ok.. sekarang ni Cik Aied sedang menghabiskan sisa-sisa cuti seminggu sempena Tahun Baharu Cina..
takde buat apa pun sepanjang cuti ni...
cuma hari jumaat dan sabtu yang lepas la ada kenduri kahwin kat lorong rumah Cik Aied ni..
ni first time la orang buat kenduri kahwin kat lorong tempat rumah Cik Aied ni..
hari tu ada sorang dah kawen.. tapi dia buat majlis kat dewan...huhu
jadinya malam Cik Aied sampai ke JB ni memang meriah la kat sini.. sebab malam tu pengantin nikah...

majlis pernikahan memang sangat dinanti-nantikan oleh makcik senah, makcik bedah dan kak kiah goreng pisang...
tak tau sebab apa?
sebab kedua-dua mempelai merupakan pasangan istimewa...
tak faham lagi? grrrr! mereka ni pasangan yang x boleh bercakap dan mendengar...
tu yang makcik2 semua excited nak tengok dorg nikah macam mana...
Cik Aied x sempat la nak join majlis malam tu..
tapi Cik Aied sempat tengok video nikah yang telah direkodkan oleh salah seorang jiran yang merupakan teman sepermainan Cik Aied masa kecik-kecik dulu...
sangat comel ok pernikahan mereka ituu! guna bahasa isyarat... sweet sangat!
lepas tu malam selepas dorg nikah tu Cik Aied nampak pengantin makan kat khemah yang betul-betul depan rumah Cik Aied ni.. 
ngeee~ usha2 pengantin dari dalam bilik..
nampaklah mereka berbual menggunakan bahasa isyarat..
comel.. sebak pun ada tengok dorg.. 
Allah tu adil.. dia beri pasangan yang sepadan.. walaupun mereka kurang upaya.. mereka jugak berhak gembira dan bahagia.. :)

ok.. hari sabtu pulak majlis persandingan diadakan.. semua orang kat sini memang tak menang tangan la.. makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik semua ada tugas masing-masing.. seronok.. walaupun Cik Aied konon-konon jadi penyambut tetamu tak bertauliah je kan... haha..

alhamdulillah..majlis berjalan dengan lancar.. cuaca pun elok.. petang lepas majlis habis barulah hujan lebat.. 
ok lah..tu je nak cerita.. sebelum tu..jom kte tengok gambar-gambar yang sempat dicuri pada hari kejadian.. :)








2 comments:

Cikgu Fikri said...

wah..
bila tgk tajuk, ala2 cam tajuk lagu lah pulak.... :)

Gerard Way said...

bila nak kawin?