I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 13, 2012

daging masak merah ala thai

assalamualaikum :)
hari ni aku telah menderhakakan satu lagi resepi..
resepinya berbunyi seperti ini... 
daging masak merah ala thai
jumpa kat blog ini :)
so aku pun try la masak mende ni..
nampak mcm sedap..
boleh la tahan..hihi

ni resepinya...


Bahan-bahan :

1/2 kilo Daging  - dipotong nipis dan direbus dengan pewarna merah sedikit
beberapa tangkai lada kering -  diblend
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji bawang putih - diketuk (aku blend je sekali)
beberapa biji cili api - diketuk (tapi aku blend) 
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Daun limau purut - (aku tak guna)
Serai - dititik
Kacang panjang - 
Garam secukup rasa
Sedikit tepung jagung (tak guna sebab lupa..hehe)
Cara-cara:
Rebus daging
Masukkan bawang dalam kuali dan goreng sampai dia layu sikit n keluarkan semula
Masukkan lada kering, cili padi dan bawang putih yang diblend
Kacau hingga lada nampak sedikit garing
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram
Masukkan daging dan bawang tadi
Masukkan daun limau purut dan serai
Masukkan garam


ok.. cuba korang bandingkan dengan resepi asal..
memang banyak yang dah aku derhakakan...
tapi jadi jugak..boleh makan..hehe..

2 comments:

Cikgu Aisyah SKPG said...

wahh..menyelerakan

jemput singgah komen k blog akak yer :)

Cik Aied said...

Cikgu Aisyah SKPG : insyaAllah kak :)