I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, December 3, 2013

Kenangan Hari Terakhir Praktikum

assalamualaikum!
alhamdulillah.. satu bab selesai..hihi..
tapi x la 100% settled..ada bahan2 yg tak boleh disediakan awal2.. hehe

ok..hari ni aku nak story tentang pengalaman hari terakhir praktikum fasa 2..
pagi tu sekolah ada event kemerdekaan ke hari malaysia ke kalau tak silap aku..
jadi lepas rehat baru budak2 masuk kelas...
masa kat dataran perhimpunan tu sibuk betul anak2 murid aku ingatkan aku suruh masuk kelas dorg lepas rehat nanti..
siap pesan lagi.. "cikgu masuk lepas rehat tau.. jangan masuk sekarang..."
jumpa yang lain cakap lagi.. "cikgu jangan masuk sekarang tau!"
dalam hati.."eh budak2 ni.. aku memang tak nak masuk sekarang pun.. banyak lagi mende aku nak settle ni.. maklumlah..last day kan..time tu la nak tgk mintak sign mana2 borang penting sume tu"..

waktu rehat pun tiba..
aku masih lagi busy kat bilik guru..
tengok kawan2 praktikum yg lain dah kena kejar dgn student masing2 dah..haha..
kebetulan lepas rehat tu pun ada jamuan guru jugak..
konon2 aku pun busy la tolong potong2 buah kat bilik guru..
tengah2 aku potong buah..anak2 murid aku dah sibuk datang bilik guru..
kelam-kabut dibuatnya.. nasib baik tak terpotong jari cikgu..kalau tak macam mana nak sarung cincin nanti..haha

bila dah siap2 kat bilik guru, aku pun amek la goodie bag yang nak bagi kat anak2 murid aku ni dalam kereta nak naik ke kelas..
sampai je kat tangga nampak dorg ni dah tunggu aku..
tak ingat berapa orang.. dorg amek barang2 yg aku bawak n bawak naik ke kelas..
sementara tu yang sorg lagi cakap.. "cikgu..cikgu kena tutup mata!"
sudahhhh.. aku pun balas "macam mana cikgu nak naik tangga kalau cikgu tutup mata?"
"takpe cikgu.. biar saya pimpin cikgu..cikgu jangan bukak mata selagi saya tak cakap bukak mata tau!"
aku pun.."iyeee..iyeee.."

"okeh cikgu..bukak mata"
(masa ni dah sampai depan pintu kelas)
bila aku bukak mata...
anak2 murid aku yg mulanya menyorok bawah meja terus bangun dan cakap "suprise!"
aku pun terpandang atas meja guru..
dorg dah susun hadiah n surat2 atas meja tu..
yg paling mengejutkan ada seekor teddy bear berwarna pink kat situ..
masa tu Allah je yg tahu betapa terharunya aku..
terus sebak...

aku pun pergi kat meja tu.. aku cakap "kenapa susah2 bagi macam2 kat cikgu ni?"
dorg kata "tak susah pun cikgu.. haa..cikgu.. teddy bear tu ktorg kongsi duit 1 kelas tau belikan utk cikgu..cikgu bagi la nama kat dia.." :'(
aku suruh anak2 murid aku je bagi nama.. dorg sepakat pilih nama "Pinky" utk teddy bear tu sebab warnanya pink..hehe

lepas tu aku pun bagi la ucapan sikit2.. menangis je lebih sebenarnya..haha..
sambil2 bagi goodie bag kat anak2 murid, aku bagi la nasihat kat dorg.. pastu mintak maaf sebab selalu marah dorg..hehe

masa ni boleh dikatakan majoriti anak murid aku ni menangis..
yg anak2 murid lelaki boleh pulak nyanyi lagu "Hanya Aku" tiba2..
saje nak bagi aku ingat kenangan aku ajar koir  lagu tu kat dorg..
sempat jugak dorg request aku nyanyi 1 lagu untuk dorg..haha

last before aku keluar kelas.. anak2 murid aku memang tak bagi aku keluar..
yang perempuan peluk keliling aku sambil menangis2..
semua mintak maaf la ape lah..
tapi yg buat aku terkejut..bila sorang anak murid aku ni menangis teruk sangat..dia peluk aku beria-ia..
tiba2 kawan dia cakap.. "cikgu..cikgu janganlah pergi.. cikgu tak kesian ke kat A.. dia dah la takde mak"
masaaaaaaa tuuuuuu.. aku tak tahu nak cakap macam mana perasaan aku.. memang terkejut sangat la..
rupanya hari terakhir aku kat sekolah tu genap 3 tahun mak dia meninggal.. patutlah dia sedih semacam..huhu

dah puas berdrama air mata kat kelas baru la aku dilepaskan keluar.. tu pun setelah aku bagi macam2 alasan kat dorg..
masa tu dah dekat pukul 12.. borang ada yg tak settle lagi.. hadiah untuk guru pembimbing tak bagi lagi..
dan yang paling tragis aku tak sempat join jamuan guru tu.. padahal jamuan tu diadakan utk meraikan guru2 praktikum.. kawan2 praktikum yg lain pun ada yg sampai lambat.. tapi at least dorg pergi la jugak... ralat jugak time tu.. huhu.. mintak maaf ye cikgu2 yg susah payah buat jamuan tu..huhu

haaa..jadi itulah kenangan hari terakhir praktikum fasa 2 aku.. partner praktikum aku dapat 3 bijik kek hari tu.. kebetulan last day praktikum tu birthday dia.. memang rezeki betul la..haha..

ok lah..tu je untuk hari ni..
bui bui~


1 comment:

A'isyah As Siddiqah said...

macam best je.. tapi macam sedih je :'(