I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, November 29, 2013

Sepertinyaaa...dia istimewa

assalamualaikum..
konon tadi nak tidur.. tapi mimpi la nak tidur awal time cuti sekolah ni kanss? memang tak dapat laa...
kalau time tak cuti sekolah waktu2 macam ni dah buat drama air mata dah sebab mengantukssss uolss..

hari ni aku nak story pasal pengalaman praktikum 2 hari tu..
aku ditugaskan (giteewww) untuk mengajar 1 kelas je utk kedua-dua subjek BM dan PJ...
jadinya aku memang sangat rapat dengan mereka..
agaknya budak2 ni pun bosan kot asyik muka Cikgu Aida je yg masuk kelas dorg..haha

hari ni aku nak cerita tentang seorang anak murid yang aku anggap istimewa..
bukan aku pilih kasih..tidak sama sekali... tapi anak murid aku yg sorang ni lain dari yg lain..
dari segi luaran dia nampak sama dengan kawan-kawan yang lain...
tapi sebenarnya dia jauh lebih matang daripada usia sebenarnya iaitu 10tahun..

dia seorang budak lelaki..namanya aku rahsiakan..
selalu jugak tak datang sekolah..
kat kelas kalau buat latihan dia selalu berangan.. bila kawan-kawan dah tulis jawapan dia masih tak tulis lagi.. tapi nanti dia akan tanya semula apa jawapannya.. kalau dia lambat siap pun.. bila aku pesan suruh hantar dia akan hantar bukunya ke bilik guru bila dah siap..
aku takde la korek2 rahsia sangat daripada dia..apa masalah dia ke ape ke kan..
cuma kadang-kadang bila ada masa free tu sempat la borak2 kejap..
berdasarkan ceritanya.. aku kagum..
dia datang dari keluarga susah.. ayah bekerja sendiri..
dia anak kedua kalau tak silap aku.. yg 1st kakaknya..
dia pernah cerita kat aku.. "cikgu.. dalam keluarga saya kan..saya anak lelaki sulung, jadi saya akan jadi ketua bila ayah tak ada.. saya kena jaga kakak dan adik2 saya.. pernah 1 hari tu saya tumbuk sorang budak ni sampai hidung dia berdarah sebab budak ni ejek kakak saya"
mula dari situ aku rasa dia sgt istimewa.. walaupun baru 10 tahun.. dia kenal erti tanggungjawab.. walaupun caranya tak berapa nak betul bila dia tumbuk budak yg ejek kakak dia tu..haha..

lepas tu dia cerita pasal hobi dia suka bela ayam..
dia tahu banyak sangat pasal ayam.. cara nak tahu ayam sakit.. cara nak ubat luka ayam bila cedera..
masa dengar tu aku rasa mcm wahhhhhhh... hebat gila.. aku tak tahu langsung..
aku memang tak expect ada budak suka bela ayam.. kalau suka bela kucing, ikan, arnab tu tak heran la..huhu

aku ingat lagi last day aku kat sekolah tu.. aku sempat jumpa dia secara personal.. tu pun kebetulan nampak dia kat pondok depan gate sekolah masa semua orang dah balik.. masa tu aku tanya kenapa dia tak balik lagi.. dia kata dia tunggu adik dia datang bawak basikal ke sekolah (adik dia sekolah petang) nanti dia ambil basikal tu bawak balik rumah.. nanti petang dia ambil adik dia naik basikal.. masa tu aku pesan kat dia supaya belajar rajin2,, nanti dah berjaya boleh bantu mak ayah..jgn kawan dgn org2 yg tak tentu arah (tu yg aku paling takut sebenarnya) ape tah lagi aku pesan..hilang ingatan jap..

dia pun pesan kat aku.. "cikgu pun belajar rajin-rajin tau".. tapi cara dia cakap tu..nada dia memang lain sangat.. tak tau nak describe macam mana.. tapi aku rasa cara dia cakap tu bukan cara budak umur 10 tahun yg cakap..

pernah 1 hari masa aku dah kembali ke maktab.. anak-anak murid aku yg lelaki ni call time rehat.. berebut2 nak cakap dgn cikgu..hehe.. comel sgt.. masa tu rasa terharu gilaa.. semua org nak dengar suara cikgu sampai cikgu tak kenal suara siapa yang bercakap..haha.. tiba2 ada 1 suara ckp.. " cikgu..cikgu..ni ........ nak cakap".. dia pun pass fon.. "hello..cikgu.. ni ...... ni.. cikgu sihat?"..lepas tu aku x ingat ape yg berlaku,,,rasanya talian terputus sebab duit budak2 ni dah habis.. yela..guna public phone kan..hehe.. masa dia bercakap dgn aku tu memang terserlah gaya dia.. suara dia melambangkan sifat dia yg bertanggungjawab tu..

dia nampak kasar, nampak keras dengan kawan-kawan.. tapi dia mengalirkan air mata jugak masa last day aku kat sekolah tu.. :'(

walaupun dia bukan dari kelas A.. tapi aku harap sangat sekurang-kurangnya nanti dia jadi manusia yg berguna dan dapat bantu keluarganya..

insyaAllah..entry akan datang aku story pasal hari last aku praktikum fasa 2 :)



1 comment:

Unknown said...

Gigih aku baca citer ko dari mula sampai habis..terharu weh! serius! In syaa Allah cerah masa depan tu kalau dia pandai jaga diri..ada kesedaran dlm diri..Amin... nnti nk tgk gmbr dia tau! :)