I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, December 23, 2010

Apa itu IPG?

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPG)

Institut Pendidikan Guru merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang melatih bakal-bakal guru sekolah rendah dan menengah. Di Malaysia, semua Institut Pendidikan Guru (IPG) ini dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian, institusi ini masih menggunakan nama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan telah mempunyai IPG induknya tersendiri iaitu IPGM.

Sejarah :-
Sejarah pendidikan guru di tanah air bermula dengan penubuhan institusi berikut;
1878 - The Malay High School, Singapura
1922 – Sultan Idris Training College, Tanjung Malim – melatih guru-guru Sekolah Melayu. Kini, maktab perguruan ini telah bertukar kepada Universiti Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan singkatan UPSI.
1935 – Women Teachers’ Training College, Melaka : maktab ini telah melatih guru-guru perempuan terutamanya dalam bidang Sains Rumah Tangga. Kini, maktab perguruan ini telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka.
1951 – Malayan Teachers’ Training College, Kirkby, Liverpool, England : Kerajaan Malaysia (Malaya) telah mengambil alih sebuah pusat latihan guru British untuk melatih guru Tanah Melayu di England dengan hasrat untuk melahirkan tenaga pengajar tempatan yang mantap dari segi latihan guru dan fasih berbahasa Inggeris. Maktab ini telah ditutup pada tahun 1962 apabila kerajaan Britain mengambil semula tapak maktab ini kini ia merupakan kawasan perumahan dan pusat komersial. Maktab ini telah melatih 1500 guru antara 1952 hingga 1962. Salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku di tempat ini adalah peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Malaya oleh Y.A.M Tuanku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
1955 – Malaysian Teacher Training College (MTT), Brinsford Lodge,Wolverhampton, England : Bekas sebuah kilang di Britain ini pernah menjadi sebuah kolej latihan untuk guru Malaysia pada 1955 hingga 1964. Pusat latihan perguruan ini telah melatih 300 guru dalam pelbagai matapelajaran.

Perkembangan maktab perguruan di Malaysia berlaku dengan pesat apabila ia mengalami perubahan besar pada abad ke 21 dan melalui peristiwa berikut ;
2004 - 27 maktab perguruan dan 1 English Language Teaching Centre telah ditubuhkan. Nama maktab perguruan kemudiannya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas ia dinaik taraf.
2005 - Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
2006 - Pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini memberikan satu perubahan besar kepada institusi keguruan dengan bermulanya Program Pensiswazahan Guru yang dijalankan di IPG seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Selain itu, IPG juga mula menjalankan latihan praperkhidmatan yang boleh memberi pengiktirafan ijazah Sarjana Muda kepada guru sekolah rendah melalui Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan B.Ed TESL.
2008 - Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008
2008 - Dewan Negara telah meluluskan pindaan Akta Pendidikan 1996, Bab 9 Seksyen 42- 49 tersebut pada 4 Disember 2008.
2009 – Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato’ Hishamuddin Tun Hussein telah mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan IPG Kuala Terengganu ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato’ Razali Ismail pada 16 Januari 2009, sempena memperingati mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail yang telah meninggal dunia pada 28 November 2008.


SUMBER: PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3 comments:

lynn angel said...

i am honoured to be one of the students in IPG KPM, Malacca.. :)

hi, nice info.. tq for sharing.. :)

Cikgu Fikri said...

ha,
baru lah selesa nak komen...
heehehehe..
wah, pew mimpi nak bewrcerita psl IPG ni?
huhuhhuhu... :)

cik aied said...

lynn angel: u r most welcome
fikri:haha..saje je..