I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 13, 2011

Malaysia Naik Dua Tangga Dalam Ranking FIFA

KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lepas membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dengan menduduki tangga ke-142 berbanding tangga ke-144 sebelum kejohanan tersebut.
Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu.
Bagaimanapun, kedudukan tersebut masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada tahun 1993.
Kedudukan pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) dan lain-lain negara yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139).
Di peringkat peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara di rantau itu.
Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukannya selaku pasukan nombor satu dunia selepas dibantu oleh kejayaan mereka merangkul Piala Dunia 2010.
Belanda berada di tangga kedua diikuti Jerman di tangga ketiga daripada keseluruhan 203 negara yang menjadi ahli FIFA. - BERNAMA
SUMBER: mStar Online