I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 12, 2011

Berjaya ragut tapi dapat beg kosong

KUALA LUMPUR: Seorang peragut berusia lingkungan 20-an berputih mata apabila hanya mampu meragut beg tangan kosong milik seorang wanita warga emas di Setapak, di sini, kelmarin.
Lebih mendebarkan apabila suspek yang menunggang motosikal seorang diri turut nyaris dicekup orang ramai selepas terbabas ketika cuba melarikan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang berusia 60 tahun itu dalam perjalanan pulang dari pasar ke rumahnya.
Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus meragut beg bimbit milik mangsa.

“Ketika usahanya meloloskan diri, suspek gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh kira-kira 50 meter daripada mangsa. Kesempatan itu digunakan warga emas terbabit untuk menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Orang ramai cuba mengejar suspek, namun dia dapat menghidupkan semula enjin motosikalnya,” katanya.


Sumber berkata, pada mulanya ada beberapa lelaki mahu mengejar suspek, namun dihalang mangsa dengan memaklumkan beg tangannya itu kosong.

Bagaimanapun, wanita itu membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, di sini, kerana bimbang nasib sama menimpa orang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

SUMBER : Harian Metro

p/s: bukan kesian dekat mangsa ragut tu, tapi kesian dekat peragut...hahahha :p

2 comments:

ChAzStYlo said...

nasib makcik tu xape2

http://chazstylo.blogspot.com/

Cik Aied said...

chazstylo : huhu..tu la pasal...BTW tq ye follow :)