I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 13, 2011

13 Ogos - Selamat Hari Kidal Sedunia

Assalamualaikum :)
selamat hari Sabtu semua!
hari ni Cik Aied nak cerita pasal satu benda yang Cik Aied baru tahu setelah hidup 20 tahun kat dunia ni...
bendanya adalah Hari Kidal Sedunia..
Hari Kidal Sedunia disambut pada setiap 13 Ogos pada setiap tahun sejak tahun 1970 lagi kalau tak silap..
semalam Cik Aied merayau-rayau di laman Facebook dan tiba-tiba ternampak status pasal hari kidal ni kat status siapa tah..lupa la pulak...
terus Cik Aied google pasal Hari Kidal ni... 

untuk pengetahuan semua,, Cik Aied merupakan seorang yang kidal
tapi Cik Aied boleh je buat kerja guna tangan kanan..
contohnya pegang senduk, gosok baju...
makan pun guna tangan kanan ok...
hihi..cuma bab menulis, menggunting, pegang pisau,, yang tu memang guna tangan kiri la...

dalam family Cik Aied,, Cik Aied dan adik kidal..tapi ibu dan ayah normal je..tak kidal pun...



Copied from : this blog :)

Antara kelebihan orang kidal adalah mudah menulis tulisan jawi. Selain itu, orang kidal boleh melakukan dua kerja sekali gus. So boleh lah buat kerja sambil makan..hahaha


Orang kidal juga lebih kreatif berfikir tentang seni dan muzik. Orang kidal ini juga lebih cepat berfikir dalam olahraga, permainan komputer dan sebagainya. Selain itu, orang kidal mempunyai kelebihan dalam bermain permainan olahraga.

 Tetapi ada juga kekurangan golongan kidal ni. Antaranya ialah susah nak pakai gunting. Bila guna gunting lama-lama mesti sakit. Satu kelebihan untuk yang tak kidal. Orang kidal juga payah nak pakai pen dakwat basah kerana tulisan yang kita tulis tu akan disapu balik oleh tangan. Faham-fahamla macam mana. 

     Lagi satu kekurangan kidal, menurut psikologi orang yang kidal ni lebih banyak masalah psikologi berbanding orang yang guna tangan kanan. Sebabnya ialah orang kidal ni dikawal oleh otak kanan yang lebih fokus pada emosi dan pemikiran artistik. 

     Kesimpulannya, orang kidal ni istimewa kerana hanya 10% sahaja penduduk dunia yang kidal. Orang kidal ni juga kebanyakannya orang yang pandai-pandai belaka. Ada juga pemimpin negara yang kidal. Oklah nanti aku sharekan siapa orang ternama yang menulis kidal.


bab nak pakai gunting dengan pen dakwat basah tu memang betul... Cik Aied sampai sekarang tak pandai nak gunting benang guna gunting yang ibu guna untuk menjahit tu...gunting kain apatah lagi... jawapannya bab-bab menjahit ni memang surrender...haha..tapi bab melukis tu Cik Aied tak pandai pulak..hahaha


hurm..ok lah.. itu je rasanya yang Cik Aied nak share hari ni... selamat berbuka dan selamat berhujung minggu semua..opsss..oppsss..lupa..SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA! 




1 comment:

dakwahcaptor said...

hehe selamat hari kidal sedunia awak ;)
patutlah dulu ak bercita-cita nak amik art hahaha